Blogpress Ireland - Jalan TAR KL
Main Page News Blog Inspiration Landscape Lifestyle

Jalan Tar KL

Welcome To Popular Street in Kuala Lumpur..

Malaysia.!

Blogpress Ireland

Ire land, bumi Ireland sebenarnya tidak mengingut ketetapan musim, Spring, Summer, Autumn Dan Winter.



Disini buminya sentiasa lembab, walaupun musim panas cuacanya tidaklah panas cuma matahari sahaja yang bersinar, angin yang bertiup sentiasa dingin, namun begitu musim "summer" adalah waktu yang terbaik untuk bersantai samada dilaman belakang rumah menjemur panas sambil menghirup udara segar dan meneguk secawan kopi panas.

Jika anda hendak ke kota, elok juga memakai jaket yang sederhana kerana angin yang memupuk adakala menjadi dingin, ditambah pula hujan turun renyai-renyai. (Disini hujan renyai-renyai sentiasa turun) kalau hujan lebat bertambah parah kesejukanya.

Dalam musim "summer" kebanyakan kedai, shopping complex, bar akan beroperasi sehingga paling lewat 9pm-10pm malam sahaja. Jarang sangat anda terjumpa gedung atau kedai yang beroperasi sampai jauh malam.

Matahari juga lambat tenggelam, adakala pukul 8malam cahaya senja masih ada, pukul 7malam matahari masih tergantung diufuk barat. Pukul 6pagi suasana sudah cerah tapi keadaan masih sunyi, hanya sesekali akan terdengar bisikan "merpati" serta salakan anjing atau serigala menyahut jauh dipendalaman bukit menakutkan biri-biri diladang.

Musim Spring

Musim Bunga
Musim Spring

 

Waktu ini pepohon dan bunga liar akan tumbuh selepas habis musim "winter", hampir semua tempat dengan "variety" bungaan, pepohon akan merendag menutupi ruang udara jalan. Dipadang rumput juga akan ditumbuhi bunga-bunga liar. Kehijauan dan kemerahan dedaun akan bercambah segar. Cuaca musim "spring" dan musim "summer" tidak banyak berubah cuma dalam musim spring tanah Ireland akan menjadi lebih menarik. Namun cuaca dingin tetap menusuk ke dalam tulang temulang dan menjadi sedikit panas apabila pertengahan hendak masuk ke musim "Summer".

Musim Summer

Musim Panas
Summer

 

Suasana "lanscape" Ireland masih sama dengan musim spring terutama sebelum bulan berakhir ketika hendak masuk dalam musim "Autumn". Awal bulan summer kebanyakan rakyat Irish akan bercuti ke luar daerah menikmati riadah santai, ada yang menghabiskan musim summer bercuti dan akan kembali ketika masuk musim Autumn. Summer ibarat musim "fiesta" rata-rata masyarakat disini akan mengambil peluang untuk berjogging, melawat daerah lain. Kota "Dublin" sudah tentu menjadi tarikan orang eropah lain bersantai menikmati kopi sambil menonton "Street Entertainment". Percaya atau tidak orang Irish tidak gemar menonton wayang.

Musim Autumn

Ireland
Musim Autumn

 

Autumn, kesepian semakin terasa terutama bulan terakhir, selepas habis musim summer secara perlahan pepohon yang merendang akan kekeringan bertukar warna kemerahan, kuning dan berguguran sedikit demi sedikit ketika hampir masuk musim "winter". Cuaca dalam musim ini akan menjadi bertambah sejuk, eloklah memakai jaket yang tebal jika keluar bersantai. Seperti biasa bunga-bunga liar dipdang rumput akan hilang dimakan bebiri. Setelah berakhir bulan, pepohon yang merendang akan menjadi pohon yang beranting seolah mati dan akan bercantum kembali selepas habis musim winter. 

Musim Winter

Ireland Winter
Musim Winter Dibumi Ireland

 

Diawal musim winter, angin bertiup seolah menjadi ribut sehingga habis dedaun dipohon hilang tinggal ranting. Pukul 5petang sudah menjadi gelap, langit akan senang tiasa mendung dipenuhi awan hitam, seolah menghilangkan warna menjadi pudar, Bumi Ireland jarang sekali dituruni salji lebat namun begitu ia cukup membuatkan anda tidak mahu bergerak dan berganjak dari tempat pemanas. Sekiranya anda meletakkan sebaldi air diluar jendela, esoknya pasti air tersebut akan membeku.

Nak tidur waktu malam sudah pasti seluar dan baju tebal serta selimut 3 lapis untuk menghangatkan katil. Agaknya sebulan sekali baru mandi air panas. Seperti biasa kota-kota kecil akan menjadi tumpuan penduduk setempat melepak dalam "bar" berhampiran untuk memanaskan badan.

Tiada aktiviti luar dimusim ini, hampir kesemua duduk didalam rumah didepan nyalaan kayu api bagi memastikan ruang tamu menjadi suam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BOARD

Sutera

Pelbagai corak sutera / silk / garment..

Hanya terdapat dijalantar kl.!

© Jalan TAR KL - ALL RIGHTS RESERVED: Theme Design By: - Hotelier Advisor | EARAMIS