Jalan Tar KL Tahun 2014 - Jalan TAR KL
Main Page News Blog Inspiration Landscape Lifestyle

Jalan Tar KL

Welcome To Popular Street in Kuala Lumpur..

Malaysia.!

Jalan Tar KL Tahun 2014

Jalan Tar KL
Kuala Lumpur - Kelmarin walau pun hujan lebat menimpa, namun masyarakat setempat tetap jua melawat atau mengunjung bazaar sabtu dipersekitaran jalan Tuanku Abd Rahman, perlu dingatkan sekiranya anda melewati pasar minggu andaseharusnya tidak menggunakan bag sandang kerana ia memudahlan bagi si pencuri mengambil kesempatan tatkala pengunjung leka berjalan. Ahli Petugas DBKL yang mengawasi kawasan tersebut pernah melaporkan bahawa ramai pengunjung buat aduan tentang kehilangan barangan peribadinya semasa leka membeli belah.


Hujan Lebat

Ternyata hujan lebat tidak menghalang para pengunjung pergi membeli belah, Pusat membeli belah Sogo kebiasaanya akan membuat potongan harga pada setiap bulan terutama pada hujung bulan, potongan harga ditawarkan lebih dari 70 peratus dari harga asal. Hari sabtu juga pengunjung boleh bersiar siar dipasar sabtu. Sogo menjadi tumpuan ramai pengunjung kerana ia berada dikawasan yang agak baik atau strategik berbanding dengan pusat membeli belah yang lain disekitar Lembah Klang, serta Sogo mempamerkan berbagai jenama pakaian, selain dari itu Sogo juga menyediakan keperluan harian dapur yang berada ditingkat paling bawah. Ia juga menjadi tumpuan ramai kerana menawarkan harga yang berpatutan khususnya untuk golongan sederhana.

Jalan Tar KL

Pada hari menjelang perayaan umum Complek sogo menjadi sesak termasuk jalan Tuanku Abdul Rahman, ada setengah pengunjung akan menggunakan kenderaan awam untuk mengelak dari kesesakan lalu lintas.
Pada hampir setiap petang anda akan dihiburkan oleh penyanyi jalanan yang mepersembahkan  kebolehanya bermain alat musik, menyanyi serta pertunjukan yang lain seperti silap mata. Pusat membeli belah Sogo memang tidak asing lagi dikalangan penduduk Lembah Klang.

#OfficialPageJalanTarKL

BOARD

Sutera

Pelbagai corak sutera / silk / garment..

Hanya terdapat dijalantar kl.!

© Jalan TAR KL - ALL RIGHTS RESERVED: Theme Design By: - Hotelier Advisor | EARAMIS