Berpesta Semasa Kobik 19 - Jalan TAR KL

Berpesta Semasa Kobik 19

XTRA Advisor | Jun 22, 2024 |


Tembelang seorang ketua balai bersama tiga anggotanya yang berpesta sambil meneguk minuman keras di bilik khas yang dijadikan sebagai ‘pusat disko’ di sebuah balai polis di Kajang, dekat sini terbongkar selepas diserbu pasukan dari Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, petang kelmarin.

night club
Night Club


Turut ditahan dalam operasi khas kira-kira pukul 3 petang itu ialah empat wanita awam yang berusia antara 21 hingga 37 tahun.
Ketua balai yang ditahan itu berusia 55 tahun dan berpangkat sub inspektor, manakala tiga anggota lain yang terlibat masing-masing dua berpangkat koperal dan seorang berpangkat koperal sokongan.

Difahamkan, bilik khas ber­kenaan terletak di tingkat 1 balai berkenaan. PETIKAN KOSMO

Semasa serbuan dilakukan, sebahagian daripada anggota dan wanita berkenaan dikatakan sedang menari dan berka­raoke sambil menikmati minuman keras serta air ketum di dalam bilik gelap yang dipasang lampu warna-warni berputar seperti di sebuah ‘pusat disko’.

Beberapa peralatan turut dirampas antaranya pembesar suara, lampu disko, peralatan sistem pembesar audio dan mikrofon termasuk botol minuman keras dan lima botol mengan­dungi air ketum.

Pemeriksaan ke atas telefon bimbit salah seorang anggota turut menemukan sembilan gambar lucah miliknya bersama salah seorang wanita terbabit.

Pengarah JIPS Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad ketika dihubungi Kosmo! berkata, pasukan JIPS membuat serbuan ke balai polis yang berada di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang itu sekitar pukul 3 petang sejurus menerima maklumat berhubung kegiatan itu.
“Ketika serbuan dijalankan, kesemua individu itu termasuk ketua balai berusia 55 tahun didapati sedang berhibur di dalam sebuah bilik pentadbiran di tingkat satu.

“Kita membuat tangkapan atas maklumat salah laku dan perbuatan anggota polis dan orang awam berhibur itu jelas menyalahi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19.


“Siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengambil tindakan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan kerana perbuatan cuai yang mungkin boleh menyebabkan jangkitan apa-apa penyakit berjangkit yang boleh membahayakan nyawa,” ujarnya.[no-sidebar]


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Italy Brescia

Welcome To Popular Street in Kuala Lumpur..

Malaysia.!

KLCC 2246 hotel
Bukit Bintang 1862 hotel
Chowkit / Putra WTC7 32 hotel
One Utama / Damansara 705 hotel
Cyberjaya 599 hotel
Cheras 509 hotel
Mid Valley / Bangsar 469 hotel
Petaling Jaya 447 hotel
Seri Kembangan / Balakong 436 hotel
Putrajaya 422 hotel
Pudu 392 hotel
Subang Jaya 378 hotel
Sepang / KLIA 366 hotel
KL Sentral 351 hotel
Sri Hartamas / Mont Kiara 336 hotel
Puchong 300 hotel
Bangi 295 hotel
Chinatown 275 hotel
Bandar Sunway 266 hotel
Kepong / Sri Damansara 240 hotel
Bukit Jalil 234 hotel
Ampang 232 hotel
Kajang 224 hotel
Setapak 222 hotel
Golden Triangle 199 hotel
Kota Damansara 105 hotel
Batu Caves / Gombak 87 hotel
Sungai Buloh 84 hotel
Semenyih 82 hotel
Rawang 74 hotel
Selayang 58 hotel
Sentul 43 hotel
Sg Besi 34 hotel
Dengkil 23 hotel
Hulu Langat 14 hotel
Pusat Bandar Damansara 3 hotel
Titiwangsa 1 hotel

Hotel Reviu

Every hotel is required to keep a mystery..

And we are here to assist you in discovering the truth.!

© Jalan TAR KL - ALL RIGHTS RESERVED: Theme Design By: - Hotelier Advisor | EARAMIS