Mendarat Cemas Tapi Macam Terhempas - Jalan TAR KL
Main Page News Blog Inspiration Landscape Lifestyle

Jalan Tar KL

Welcome To Popular Street in Kuala Lumpur..

Malaysia.!

Mendarat Cemas Tapi Macam Terhempas

K uala Lumpur

Sebuah helikopter dinaiki enam individu, termasuk lima pegawai perubatan, melakukan pendaratan cemas di kawasan hutan berhampiran Tanah Rata, Cameron Highlands bersempadanan Perak dan Pahang, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari tadi, semua mangsa terbabit dilaporkan selamat setakat ini, namun mengalami kecederaan susulan pendaratan cemas yang terpaksa dilakukan akibat cuaca buruk.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri, berkata mangsa telah menghubungi pasukan keselamatan untuk memaklumkan insiden itu, justeru anggota segera diatur gerak ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Berdasarkan maklumat awal, beliau berkata, kejadian berlaku apabila helikopter dinaiki mangsa dipercayai mengalami masalah akibat cuaca buruk di lokasi sehingga menyebabkan juruterbang terpaksa mengambil keputusan untuk melakukan pendaratan kecemasan.

"Bagaimanapun difahamkan ketika cuba melakukan pendaratan, helikopter itu tersangkut pada pokok di hutan berkenaan.

"Mengikut maklumat awal yang kami peroleh setakat ini, semua mangsa selamat dan hanya mengalami kecederaan tetapi tidak serius," katanya ketika dihubungi BH.

Beliau berkata, kejadian berlaku ketika helikopter yang membawa pasukan perubatan terbabit dalam perjalanan pulang ke Ipoh, Perak, dari Lojing, Kelantan.

"Lokasi sebenar keberadaan mereka ketika ini belum dapat dipastikan, namun pasukan penyelamat sudah memulakan operasi SAR kesemua mangsa," katanya.

Sementara itu, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan menerima maklumat berhubung kemalangan udara membabitkan sebuah helikopter jenis Airbus AS 355 F2 dengan nombor pendaftaran 9M-SSW berhampiran Tanah Rata, pada jam 1.03 tengah hari tadi.

Berita Harian
Helokopter Mendarat Cemas

 

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CAAM, Datuk Kapten Chester Voo, berkata helikopter itu yang dikendalikan oleh Layang Layang Aerospace Sdn Bhd, berlepas dari Kampung Gawin ke Tanjung Rambutan, Perak, pada jam 12.20 tengah hari, dengan membawa seorang juruterbang bersama lima penumpang.

"Pusat Kawalan Operasi Kecemasan (EOC) CAAM dan Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautial (ARCC) di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC), Sepang, diaktifkan segera pada jam 1.11 tengah hari.

"Unit mencari dan menyelamat pertama melalui jalan darat telah digerakkan ke lokasi kejadian, 19 minit kemudian. Usaha mencari dan menyelamat masih dijalankan.

"Siasatan lanjut akan dilaksanakan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara bawah Kementerian Pengangkutan, mengikut Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016," katanya dalam satu kenyataan

#Petikan Berita Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BOARD

Sutera

Pelbagai corak sutera / silk / garment..

Hanya terdapat dijalantar kl.!

© Jalan TAR KL - ALL RIGHTS RESERVED: Theme Design By: - Hotelier Advisor | EARAMIS