Jalan TAR KL: Jalantarkl News
Memaparkan catatan dengan label Jalantarkl News. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jalantarkl News. Papar semua catatan

Covid 19 Return Di Wuhan

W uhan kebali "Lockdown" selepas 3 tahun berlalu dan kini jalan raya menjadi sunyi

Bandar yang merekodkan kes pertama Covid telah kembali dikurung tiga tahun selepas ia menjadi pusat virus itu. 

Covid 19
Wuan Kembali Lockwoen

 

Wuhan, tapak wabak Covid-19 pertama di dunia pada akhir 2019, melaporkan sekitar 20 hingga 25 jangkitan baharu sehari minggu ini, mendorong pihak berkuasa tempatan mengarahkan lebih 800,000 orang di satu daerah untuk tinggal di rumah sehingga Ahad.

"Saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Jika kita masih boleh bertahan hidup seperti ini maka saya rasa itulah yang akan kita lakukan," kata seorang penduduk Wuhan bernama Chang, 38.

"Apabila kita melihat berita tentang Covid ini, kita kini berasa sedikit kebas.

Wuhan juga menangguhkan penjualan daging babi di beberapa bahagian bandar, menurut imej dan catatan di media sosial, selepas satu kes Covid didapati yang dikatakan pihak berkuasa dikaitkan dengan rantaian bekalan daging babi tempatan.

Wuhan China
Letusan Covid19 Terbaru Merebak Di Wuhan

 

Bandar-bandar China dari Wuhan ke Xining di barat laut sedang menggandakan sekatan Covid-19, menutup bangunan, mengunci daerah dan menjerumuskan jutaan orang ke dalam kesusahan dalam perebutan untuk menghentikan wabak yang semakin meluas.

read more.. "Covid 19 Return Di Wuhan"

Mendarat Cemas Tapi Macam Terhempas

K uala Lumpur

Sebuah helikopter dinaiki enam individu, termasuk lima pegawai perubatan, melakukan pendaratan cemas di kawasan hutan berhampiran Tanah Rata, Cameron Highlands bersempadanan Perak dan Pahang, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari tadi, semua mangsa terbabit dilaporkan selamat setakat ini, namun mengalami kecederaan susulan pendaratan cemas yang terpaksa dilakukan akibat cuaca buruk.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri, berkata mangsa telah menghubungi pasukan keselamatan untuk memaklumkan insiden itu, justeru anggota segera diatur gerak ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Berdasarkan maklumat awal, beliau berkata, kejadian berlaku apabila helikopter dinaiki mangsa dipercayai mengalami masalah akibat cuaca buruk di lokasi sehingga menyebabkan juruterbang terpaksa mengambil keputusan untuk melakukan pendaratan kecemasan.

"Bagaimanapun difahamkan ketika cuba melakukan pendaratan, helikopter itu tersangkut pada pokok di hutan berkenaan.

"Mengikut maklumat awal yang kami peroleh setakat ini, semua mangsa selamat dan hanya mengalami kecederaan tetapi tidak serius," katanya ketika dihubungi BH.

Beliau berkata, kejadian berlaku ketika helikopter yang membawa pasukan perubatan terbabit dalam perjalanan pulang ke Ipoh, Perak, dari Lojing, Kelantan.

"Lokasi sebenar keberadaan mereka ketika ini belum dapat dipastikan, namun pasukan penyelamat sudah memulakan operasi SAR kesemua mangsa," katanya.

Sementara itu, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan menerima maklumat berhubung kemalangan udara membabitkan sebuah helikopter jenis Airbus AS 355 F2 dengan nombor pendaftaran 9M-SSW berhampiran Tanah Rata, pada jam 1.03 tengah hari tadi.

Berita Harian
Helokopter Mendarat Cemas

 

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CAAM, Datuk Kapten Chester Voo, berkata helikopter itu yang dikendalikan oleh Layang Layang Aerospace Sdn Bhd, berlepas dari Kampung Gawin ke Tanjung Rambutan, Perak, pada jam 12.20 tengah hari, dengan membawa seorang juruterbang bersama lima penumpang.

"Pusat Kawalan Operasi Kecemasan (EOC) CAAM dan Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautial (ARCC) di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC), Sepang, diaktifkan segera pada jam 1.11 tengah hari.

"Unit mencari dan menyelamat pertama melalui jalan darat telah digerakkan ke lokasi kejadian, 19 minit kemudian. Usaha mencari dan menyelamat masih dijalankan.

"Siasatan lanjut akan dilaksanakan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara bawah Kementerian Pengangkutan, mengikut Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016," katanya dalam satu kenyataan

#Petikan Berita Harian

read more.. "Mendarat Cemas Tapi Macam Terhempas"

Kemalangan Ngeri Gara Gara Ular Melintas

A lor Setar:

Bayi lelaki yang berjaya diselamatkan menerusi pembedahan selepas ibunya meninggal dunia akibat kemalangan sewaktu mengelak ular melintas di Kilometer 29, Kampung Charuk Padang, Jalan Jeniang-Sik-Pedu Rabu lalu, akhirnya meninggal dunia hari ini.

Jalan Tar KL
Ular - Photo Sebagai Hiasan Berita

 

Perkara itu disahkan datuknya, Mansor Adali, 51, yang memaklumkan jenazah bayi lelaki berusia empat hari itu akan dibawa ke rumahnya di Bandar Beris Jaya, di Sik hari ini.

Pilu Seorang Bapa

Menurutnya, dia sempat menatap wajah cucunya itu yang diberi nama Muhammad Irfan Hidayat Afnan Aliff di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani selepas doktor mengesahkan bayi itu meninggal dunia sekitar 2 petang tadi.

"Saya sempat menatap wajah cucu yang sangat berseri walaupun sudah tidak bernyawa lagi dan doktor sudah berusaha untuk menyelamatkan nyawanya tetapi Allah lebih menyayanginya.

"Jasad cucu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Beris Jaya, sejurus selepas segala urusan di hospital selesai," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mansor berkata, mereka sekeluarga reda dengan pemergian anak dan cucunya walaupun sekelip mata.

Katanya, jenazah dijangka akan dikebumikan bersebelahan pusara ibunya, Nor Hidayah Abdullah, 27, yang meninggal dunia Rabu lalu.

Dalam kejadian 4.30 petang Rabu lalu, Nor Hidayah yang sarat mengandung anak kedua meninggal dunia selepas motosikal yang ditungganginya bersama remaja perempuannya berusia 16 tahun bergesel dengan sebuah kereta Perodua Axia yang dipandu seorang wanita di Kilometer 29, Kampung Charuk Padang, Jalan Jeniang-Sik-Pedu.

Mangsa dikatakan cuba mengelak ular melintas ketika kejadian menyebabkan dia terjatuh dan meninggal dunia di lokasi.

Bagaimanapun bayi dalam kandungan wanita itu berjaya diselamatkan menerusi pembedahan di Hospital Sik pada hari kejadian.

Namun bayi itu kemudian dibawa ke unit rawatan rapi neonatal (NICU) HSAH di Sungai Petani untuk mendapatkan rawatan lanjut


#Petikan Harian Metro
read more.. "Kemalangan Ngeri Gara Gara Ular Melintas"

Tali Barua Israel - Agent Mossad

A gent "MOSSAD", Nidarahayu Zainal, 34 tahun adalah Wanita Muslim Melayu yang direkrut dan menjadi dalang Mossad, agen perisikan Israel di Malaysia. Nida tinggal di Desa Pandan bersama suami Raibafie Amdan, 38. Suami Nida dulunya hanya kerja sebagai Ofis Boy sebelum di rekrut sebagai Agen Mossad. Raibafie mampu memandu kereta Mercedes dan dikatakan keluarga mereka sering melancong ke Eropah. Mereka berdua selalu posting di IG dan FB percutian mereka yang sebenarnya digunakan sebagai Camouflage, aktiviti latihan yang diberikan di Perancis terutamanya dalam menggunakan senjata api, tempur serta taktikal lain.

Barua Israel
Agent Mossad Israel


Penyamaran Nida? Agensi Kawalan Bodyguard dan Penyiasat Persendirian. Nida menyamar sebagai Private Investigator dan Agen Kawalan Keselamatan dan Bodyguard. Nida dan suaminya menerima tugasan dari Mossad dan latihan di di Kem Rahsia Mossad di Perancis dan beberapa negara Eropah dan merekrut tentera Upahan dari Malaysia, untuk melakukan penculikan Agen Hamas di Malaysia.

Mereka telah ditangkap dan bakal berdepan hukuman mati kerana menculik Pakar IT Hamas, Omar ZM Albelbaisy Raeda di Jalan Yap Kwan Seng. Omar kemudian dibawa ke Kuala Langat dan disiksa menurut arahan Mossad di Israel. Pada 5 Okt lepas, media melaporkan polis menyelamatkan mangsa berumur 31 tahun itu sehari selepas diculik oleh individu yang menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire.

Omar diselamatkan selepas polis menahan 18 individu dalam operasi berasingan di Kuala Langat, Ampang, Beranang di Selangor dan Melaka bermula 29 Sept hingga 4 Okt.

Kebodohan mereka? Mereka tersilap culik. Sedangkan Pakar IT sebenarnya adalah kawan Omar yang sama2 dengan beliau sewaktu di ambush di Jalan Yap Kwan Seng.

Dijangka lebih ramai lagi Agen Mossad ini di Malaysia akan ditangkap memandangkan Hub IT Hamas dan Palestin berpusat di Malaysia. Ingat tak tiba² Cerita Mat Kilau di Netflix trending di Israel? Yahudi sedang mengkaji Melayu. Lebih ramai anak-anak Melayu akan direkrut. Nak gaji mahal, hidup mewah, bawak Merc dan selalu melancong ke Eropah? Tak payah join MLM ataupun Scammer. Ada peluang jadi Agen Mossad di Malaysia. Ingat tak Pensyarah Palestine yang ditembak pada tahun 2018 dulu? Dia dipercayai dibunuh oleh Agen Mossad di Malaysia. Nida menjadi dalang rangkaian jaringan perisikan Israel di negara ini dan telah dilatih sebagai penyiasat persendirian di Perancis dan beberapa Negara Eropah sebelum direkrut oleh ejen Mossad dipercayai sebelum tahun 2018 lagi.

Upah Nida dan tentera Upahannya? RM120 ribu. Sikit sangat dan tak berbaloi berbanding dengan hukuman mati dan penjara seumur hidup yang bakal di terima. Pasangan ini juga menerima bayaran bulanan sejak sebelum 2018 sebanyak Euro2,000.00, yang dikirim dari Eropah, lumayan. Senarai tangkapan : Nidarahayu Zainal, 34, Raibafie Amdan, 39. Edy Ko’im Said, 40; Mohamad Norakmal Hassan, 41; Dody Junaidi, 42; Tengku Arif Bongsu Tengku Hamid, 39; Mohamad Naziree Mustapha, 39; Faizull Hardey Mohd Isa, 40; Muhammad Iqmal Abdul Rahis, 25; Mohamad Sufian Saly, 23 dan Muhammad Al Hatim Mohd Fauzi, 21; Mereka telah didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan menculik seorang lelaki warga Palestin bagi mendapatkan maklumat berkaitan perisian yang digunakan untuk menggodam telefon bimbit.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa secara niat bersama telah menahan Omar ZM Albelbaisy Raeda untuk mendapat ganjaran iaitu rahsia maklumat membuat dan menyahaktif perisian komputer yang digunakan untuk menggodam telefon bimbit.

Mereka dituduh melakukan perbuatan itu di Jalan Mayang di sini, pada 10.40 malam, 28 Sept lepas mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan. Siasatan mendapati mangsa masuk ke negara ini pada 21 Sept lepas sebagai pelancong dan dipercayai tinggal di Eropah selain tidak menolak kemungkinan mangsa merupakan ahli perniagaan.


Barua Israel
Agent MOSSAD

#Petikan FB Abdullah Pak Lah

read more.. "Tali Barua Israel - Agent Mossad"

Andai Di Naikkan Taraf Jalan Tarkl - Lorong Tarkl


Jalan TAR KL
 
Photo Credit www.canberra.edu.au
Wahai DBKL Malaysia- Sekiranya anda membaca laman page ini!!

Kami dapati Lorong Tarkl telah di rosakkan untuk membuat Project River,,,,(Macam sungai Bunyinya) Tapi tak ada pon tanda sungai.

read more.. "Andai Di Naikkan Taraf Jalan Tarkl - Lorong Tarkl"

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan dan Hari Raya Haji


Jalan TAR KL
  Menguncapkan selamat menyambut Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos 2017 dan danHari Raya Haji pada 1 September 2017. Cuti bergabung yang panjang buat rakyat Malaysia serta warga Kota Kuala Lumpur.

Kemeriahan di Jalan Tarkl semakin  menonjol dan kelihatan lebih ramai warga kota turun di Jalan ini, terutama di lokasi Laman Sogo serta Laman Pertama Complex yang mana baru sahaja siap.

Kelihatan Jalan Tarkl semakin terurus dan rapi, diharap pihak DBKL akan memberi lebih perhatian dengan penaman pepohon renek kecil untuk menghiasi di sepanjang Jalan Tarkl. 

Suasana di Jalan Tarkl dijangkakan penuh sesak dengan pelawat serta warga setempat iaitu peniaga sempena menyambut Hari Kemerdekaan pada detik 12.00 ini (30 Ogos 2017) hanya di Jalan Tarkl. 

Laman Sogo - Bersama Penyanyi Jalanan

Laman Sogo Jalan Tarkl

Laman Pertama Complex Jalan Tarkl
 
read more.. "Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan dan Hari Raya Haji"

Dunia Sudah Terbalik


Jalan TAR KL
 

Adakah hari raya Haji telah dilupakan? Memandangkan di corong radio cuma pertengahkan hari kebangsaan pada 31 Ogos? serta memainkan lagu merdeka? sedangkan hari raya haji cuma beza satu hari sahaja iaitu pada 1 September?
www.jalantarkl.com
Photo Sekadar Hiasan

Kenapa sampai begiru sekali pada zaman moden ini? adakah Hari raya Haji sudah tiada nilai? Padahal Hari Raya Haji disambut oleh semua golongan masyarakat Islam di seluruh dunia?.
 
read more.. "Dunia Sudah Terbalik"

Jalan TARKL Juga Di Kenali Sebagai?


Jalan TAR KL

Jalan Tuanku Abdul Rahman pada masa dahulu di kenali sebagai Batu Road merupakan salah satu jalan utama yang pernah wujud di pusat Kuala Lumpur dan menjadi salah satu tempat membeli-belah yang paling awal di Kuala Lumpur, sejak/hampir  100 tahun yang lalu. Kebanyakan bangunan di Jalan Tuanku Abdul Rahman telah dibina seawal tahun 1912.

Nama Batu Road diberi gelaran kerana
ia dikatakan jalan pertama diperbuat daripada batu berbanding dengan laluan darat atau laluan atas tanah. Pada awal 1930-a, Batu Road telah menjadi jalan dua hala yang utama.

Jalan ini dahulunya amat sunyi dan hanya dilalui oleh beberapa buah kereta sahaja kerana kebanyakan pada masa itu penduduk di kawasan Kuala Lumpur hanya menggunakan basikal atau berjalan kaki sahaja. Kedai-kedai di sekelilingnya pula dibuka dari pukul 8 pagi sehingga 11 malam setiap hari.

read more.. "Jalan TARKL Juga Di Kenali Sebagai?"

Apa Yang Anda Tak Tahu Tentang Haniffa


Jalan TAR KL
Haniffa Textile itu adalah nama asas sejak bertahun yang lalu. Tetapi ia sebenarnya telah bertukar sebagai salah satu Shopping yang semakin popular di Jalan Tar Kl atau Jalan Masjid India.
Jarak kedua jalan ini hanyalah selangkah dua antara satu sama lain. Jika anda ke Jalan Tar KL iaitu di bahagian Pertama Complex dan sogo maka ia umpama anda berada di Jalan Masjid India.
www.jalantarkl.com
Gedung Haniffa menjadi tariukan utama kerana barangan yang di jual di sini terkecuali dari cukai. Barangan yang dijual adalah sama yang terdapat di dalam Sogo, cuma pilihan pakaian terhad, tetapi minyak wangi yang dijual disini  jauh lebih murah dari yang di jual di Sogo, kerana ia terkecuali dari TAX.

Anda boleh melawat ke Haniffa untuk mengetahui lebih lanjut tentang jenama minyak wangi dan pasti anda akan membelinya kerana harga jauh lebih rendah dan "Original"

Barangan lain yang anda boleh dapati disini ialah barangan kemas seperti emas, jam tangan, serta barangan elektronik serta barangan sukan,  harga nya juga amat rendah berbanding dari gedung "shopping complex" yang lain.


Perbezaan di sini cuma, anda tidak dibenarkan membawa bag yang besar selain dari beg bimbit, dan ia harus di simpan bersama secutity yang bertugas.
www.jalantarkl.com
Haniffa Security

read more.. "Apa Yang Anda Tak Tahu Tentang Haniffa"

Penutupan Lorong Tuanku Abdul Rahman


Jalan TAR KL
Penutupan Lorong Tuanku Abdul Rahman iaitu tempat utama tapak pasar malam, sekaligus tertutupnya tapak Bazaar Ramadhan.

Manakala Jalan Masjid India pula akan ditukar sebagai tapak sementara Pasar Malam, iaitu terletak beberapa langkah dari Lorong Tuanku Abdul Rahman. Itu bermakna kawasan parking yang sedia ada terpaksa dikosongkan dan ia akan  menjadi bertambahlah kesesakkan lalulintas di kawasan yang berhampiran,
www.jalantarkl.com
Beginilah keadaan Jalan TAR KL menuju ke laluan Sogo atau Jalan Masjid Masjid India pada setiap hari, ia akan menjadi bertambah sengit pada hari sabtu serta minggu ke tiga bulan ramadhan.
www.jalantarkl.com

read more.. "Penutupan Lorong Tuanku Abdul Rahman"

Swissotel Europe

Image Description

Deluxe Room

Swissotel Georgia Europe.

Go somewhere
Image Description

Suite Room

Swissotel Georgia Europe.

Go somewhere

Image Description

Swiss Advantage Garden View Room

Swissotel The Bosphorus, Istanbul

Go somewhere
Image Description

Swiss Advantage Bosphorus View Room

Swissotel The Bosphorus, Istanbul

Go somewhere

Nature Resort

Coralview Resort

Resort yang penuh dengan kehidupan laut serta panorama yang cantik

Shari-la Resort

Berada diatas tebing berbukit tempat yang dapat melihat matahari terbenam yang jelas

Perhentian Resort

Pergigian pantai yang luas ditemani hutan tropika sesuai untuk tempat yang suka bersantai, tidur dibawah pepohon yang rendang

Shari-La Resort

Berada di Senja Bay

Relax and Energizing

Monkey Hut

Simple, but very attractive

Ombak Dive

Mempunyai Pemandangan Paorama Yang Cantik

Tropicana Inn

Dikelilingi pepohon yang cukup tenteram

Traveling – The Most Beautiful Island in Malaysia, Located at Kuala Besut.

Activities Promotions

Travel
Travel is the movement of people between distant geographical locations. Travel can be done by foot, bicycle, automobile, train, boat, bus, airplane, ship or other means, with or without luggage, and can be one way or round trip.[1] Travel can also include relatively short stays between successive movements, as in the case of tourism.
Enjoyment
There are many hotels around you, but did you know there is a "Red Zone"? etc. mystery, haunted, and ghostly. We are here to assist you in obtaining a hotel review
Release Stress
Travel is the movement of people between distant geographical locations. Travel can be done by foot, bicycle, automobile, train, boat, bus, airplane, ship or other means, with or without luggage, and can be one way or round trip.[1] Travel can also include relatively short stays between successive movements, as in the case of tourism.

Berlin

Berlin awaits you. Visit the great museums & sights and then relax in a café. Look forward to concerts & shows, stroll through the shops and discover with us all the diversity of Berlin.

Berlin

Berlin awaits you. Visit the great museums & sights and then relax in a café. Look forward to concerts & shows, stroll through the shops and discover with us all the diversity of Berlin..

Berlin

Berlin awaits you. Visit the great museums & sights and then relax in a café. Look forward to concerts & shows, stroll through the shops and discover with us all the diversity of Berlin..


Credit Website Template By: EA