Jalan TARKL Juga Di Kenali Sebagai? - Jalan TAR KL

Jalan TARKL Juga Di Kenali Sebagai?


Jalan TAR KL

Jalan Tuanku Abdul Rahman pada masa dahulu di kenali sebagai Batu Road merupakan salah satu jalan utama yang pernah wujud di pusat Kuala Lumpur dan menjadi salah satu tempat membeli-belah yang paling awal di Kuala Lumpur, sejak/hampir  100 tahun yang lalu. Kebanyakan bangunan di Jalan Tuanku Abdul Rahman telah dibina seawal tahun 1912.

Nama Batu Road diberi gelaran kerana
ia dikatakan jalan pertama diperbuat daripada batu berbanding dengan laluan darat atau laluan atas tanah. Pada awal 1930-a, Batu Road telah menjadi jalan dua hala yang utama.

Jalan ini dahulunya amat sunyi dan hanya dilalui oleh beberapa buah kereta sahaja kerana kebanyakan pada masa itu penduduk di kawasan Kuala Lumpur hanya menggunakan basikal atau berjalan kaki sahaja. Kedai-kedai di sekelilingnya pula dibuka dari pukul 8 pagi sehingga 11 malam setiap hari.

Related Posts

Share Media

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Credit Website Template By: EA