Jalan TAR KL: Information
Memaparkan catatan dengan label Information. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Information. Papar semua catatan

Free Bus

F ree Bus "Guideline"Jika anda ingin bergerak ke bandar KL Sentral, sila ambil Red Line di mana laluan tersebut akan bergerak ke arah Jalan Tungku Abdul Rahman. Bas akan berhenti di Chow Kit, Muzium Negara, Tune Hotel, Dataran Merdeka, dan KTM (Keretapi Tanah Melayu) Kuala Lumpur

Free Bus
Free Bus


Blue Line

Laluan Biru pula akan mengambil penumpang dari Medan Mara ke Bukit Bintang. Di mana bas Go KL akan berhenti di Hotel Concorde, Starhill Gallery, KL Sogo dan Campbell Complex.

Purple Line

Laluan Ungu/ Purple Line akan mengambil penumpang daripada kawasan Bukit Bintang ke arah Chinatown. Perhentian bas berapa di Menara KL Tower, Pudu Sentral Bus Terminal, dan LRT Pasar Seni.

Green Line

Laluan Hijau adalah laluan antara KLCC dan Bukit Bintang. Perhentian bas berdekatan dengan Suria KLCC, Pavilion KL, Pusat Beli Belah Sungei Wang, dan Grand Hyatt Hotel K

read more.. "Free Bus"

Apakah Projek "River of Life" yang dibangunkan di Jalan Tar KL?


Jalan TAR KL
Photo Credit: mikestravelguide.com (Illustrasi Gambar Sebagai Hiasan Sahaja)
Dikenali sebagai projek "Sungai Nadi Kehidupan" (River of Life), Ia bertujuan untuk mentransformasikan Sungai Gombak dan Sungai Klang kepada sebuah koridor sungai yang dinamik dan boleh huni untuk meningkatkan nilai ekonomi serta komersal.

Projek ini melibatkan proses  pembersihan sungai sepanjang 110km dan sungai klang mengindahkan kawasan sungai sepanjang 10.7km serta pembangunan bersebelahan koridor sungai bagi merangsang pelabuhan ekonomi.

Hasil projek ini diharapkan dapat menjadikan sungai sebahagaian daripada kehidupan orang yang bekerja dan tinggal di Kuala Lumpur, mendorong pembangunan hartanah di sepanjang sungai, menjadfikan sungai sebagai penghubung dan tempat rekresi, menjadi asas sistem pengangkutan awam baharu sebagai sistem sokongan untuk pengangkutan di Kuala Lumpur yang mana akan menhubungkan dan meningkatkan kualiti ruang awam yang sedia ada serta memberi satu identiti yang berbeza dan seragam untuk semua ruang awam di sepanjang sungai.

read more.. "Apakah Projek "River of Life" yang dibangunkan di Jalan Tar KL?"

Hari Raya Sudah Berlalu Jalan TARKL Masih Begitu


Jalan TAR KL
Dom Dam, Kebomm, Mercun dan bunga api masih berbunyi walau pun sudah 5 hari Syawal berlalu. Yang disimpan hanyalah kenangan Aidilfitri 25 June 2017, Ia akan datang lagi pada tahun 2018, seperti biasa bulan itu, (Bulan Ramadhan) akan memberi banyak makna pada diri kita.
 Yang mana sebelumnya kita menjamah hidangan seperti biasa, tak mengikut masa, dan bulan Ramadhan rasanya tak ada yang makan didepan orang ramai walaupon dia tidak berpuasa. Jadi itu adalah satu cabaran dan kelainan yang mengajar kita, sanggup tak makan dari pagi sampai ke petang menjelang senja. Jadi anda telah berjaya sedikit sebanyak,
Jalan TARKL
Retail Shop
Ok, erti Ramadhan amat panjang kalau nak huraikan, jadi cukuplah setakat ini. Walau semuanya sudah berlalu, akan tetapi Jalan TARKL, masih juga begini, menanti pengunjung dan tak pernah putus ia menyambut kedatangan orang ramai, asal nak sambut sesuai pesta sahaja, maka Jalan TARKL adalah pilihan.
Jalan TARKL
Jalan TARKL
Pada Pakcik dan Makcik nun jauh dari Kedah ka, Perlis ka atau dimana sahaja, kalau nak berkunjung ke "Kolompor" (KL) jangan lupa singgah di Jalan ini kerana ia menjadikan sesuatu yang indah, dari segi membeli belah, santai, serta mencuci mata , terutama sekali pada Hari Sabtu, kerana di sinilah berlangsungnya Pasar Malam atau Pasar Sabtu, ia terdapat pelbgai juadah makanan serta pakaian. Kalau tak mau beli tengok sahaja, (Window Shopping)

Keuntungan pada peniaga di Jalan TARKL ialah, asal ada sahaja pesta mesti poket masuk, maklumlah semua warga Kota dan orang dari luar pasti akan kunjung tiba.  Di Jalan ini boleh dikatakan warna warni, semua bangsa ada, yang paling ramai yang beragama Islam lah, kerana ia dah bertapak berpuluh tahun yang lampau bahawa golongan melayulah yang membuatkan Jalan ini menjadi terkenal.


Kalau dulu dulu di kawasan ini terdapat PUB, iaitu di atas bumbung Semua House dan pub kecil kecil, tetapi semuanya lingkup, kerana perlu diingat, Jalan ini dikuasai oleh golongan Islam atau Melayu, so pub tak boleh bergerak atau maju, memang tak dinafikan melayu pun gemar melawat hiburan seperti ini, tetapi jumlahnya amal sedikit.

Jadi pengakhirnya, Jalan TARKL tetap menjadi pilihan golongan Melayu yang mengamalkan hidup bersederhana.
read more.. "Hari Raya Sudah Berlalu Jalan TARKL Masih Begitu"

Mengapa Jalan TARKL Mengatasi Jalan Bukit Bintang


Jalan TAR KL

Siapa kata Jalan Bukit Bintang Popular? Dan Lebih Havoc dari Jalan TARKL?
Jawapan yang kat Jalan Bukit Bintang Popular kerana:
Dahulunya Jalan Bukit Bintang dipenuh dengan PUB, DISCO, Pusat Pelacuran, Pusat Karoke, serta rata rata kawasan itu dipenuhi dengan GRO, maka telah diketahui umum masyarakat memang suka kepada benda yang tak elok, jadi pada ketika itu semua masyarakat dari negara luar atau dalam negara suka bertandang ke Bukit Bintang untuk berhibur, Secara tak lansung walaupun pub dan disco sudah berkurangan dan perkembangan yang pesat dengan penumbuhan Shopping Complex seperti Pavillion maka Jalan Bukit Bintang kekal sebagai salah satu tempat tarikan.
www.jalantarkl.com
Jalan Bukit Bintang
Serta dahulu BB Plaza menjadi tarikan membeli belah kerana harga barangan murah, seperti Lowyat Plaza, tetapi tidak kini, kerana BB Plaza atau Lowyat mengamalkan sikap "Racist", jadi bangsa melayu tidak mengemarainya. (perlu diingat bahawa bangsa  "Melayu" amat unik.)
Justeru itu mengikut kajian asas, warga kota atau warga dari luar pergi ke bukit bintang cuma untuk melihat Pavillion, kalau nak shopping jauh sekali kerana barangan yang dijual dalam Pavillion semuanya yang import dan amat mahal, seperti jenama PRADA, Channel, Gucci dan sebagainya, iaitu barangan keluaran designer yang terkenal di dunia.
Jalan TARKL

Maka kepopularitian Jalan Bukit Bintang bergantung pada pengunjung yang berasal dari Middle East, seperti Arab Saudi, Yemen, Oman dan negara yang seangkatan dengannya.


Dan Mengapa Jalan TARKL, menjadi Tarikan Utama Didunia?
Jawapan mengapa Jalan TARKL telah Menjadi Tarikan Umata Masa Ini Kerana:

Jalan TARKL sudah terkenal sejak zaman pemerintan "British" keatas Tanah Malaya, Jalan TARKL adalah satu satunya jalan yang pertama di Tanah Malaya (Malaysia) yang diperbuat dari Batu, manakala jalan lain cuma jalan biasa atau laluan denai atas tanah, seperti jalan di kampung kampung kecil.
www.jalantarkl.com
Jalan TARKL

Mengapa Jalan TARKL diperbuat dari batu? Ia kerana berkaitan dengan golongan bangsawan serta golongan atasan pada masa itu, iaitu dari British, gemar membuka tempat seperti pusat perkumpulan serta office mereka. Maka secara tak langsung Jalan TARKL adalah tempat utama untuk bersidang.

Sekiranya anda melawat Jalan TARKL, sekarang ini kita masih dapat melihat bangunan bangunan yang didirikan kekal sejak zaman pemerintahan british, reka bentuknya masih unik tetapi ia semakin berkurangan kerana, masyarakat kita tidak menjaganya.

Manakala Shopping Complex utama yang dirikan di Malaysia ialah Campbell Complex, iaitu berasal dari nama British. Dan apa yang anda perlu ingat ialah kenapa Jalan Bukit Bintang Tak Popular dari Jalan TARKL kerana, Jalan TARKL bercirikan "Tradisi" yang turun temurun dari zaman melayu dahulu kala.
Justeru itu barangan yang dijual di Jalan TARKL bersesuaian dengan tradisi melayu serta barangan yang dipamerkan tidaklah begitu mahal berbanding dengan jalan jalan lain di ibukota.

Sekarang ini pon golongan dari negara barat sudah membuka mata untuk meninjau kawasan ini, kerana ia tidak terdapat  di negaranya sendiri, manakala Jalan Bukit Bintang sudah menjadi kebiasaan dalam hidup mereka, kerana suasana Jalan Bukit Bintang tidak lagi menjadi tarikan mereka,

Maka "Tradisi" telah mengatasi pembangunan di Jalan Bukit Bintang kerana setengah bangsa masih di Bukit Bintang masih mengamalkan sikap "Racist" hingga sekarang.
 


read more.. "Mengapa Jalan TARKL Mengatasi Jalan Bukit Bintang"

Swissotel Europe

Image Description

Deluxe Room

Swissotel Georgia Europe.

Go somewhere
Image Description

Suite Room

Swissotel Georgia Europe.

Go somewhere

Image Description

Swiss Advantage Garden View Room

Swissotel The Bosphorus, Istanbul

Go somewhere
Image Description

Swiss Advantage Bosphorus View Room

Swissotel The Bosphorus, Istanbul

Go somewhere

Nature Resort

Coralview Resort

Resort yang penuh dengan kehidupan laut serta panorama yang cantik

Shari-la Resort

Berada diatas tebing berbukit tempat yang dapat melihat matahari terbenam yang jelas

Perhentian Resort

Pergigian pantai yang luas ditemani hutan tropika sesuai untuk tempat yang suka bersantai, tidur dibawah pepohon yang rendang

Shari-La Resort

Berada di Senja Bay

Relax and Energizing

Monkey Hut

Simple, but very attractive

Ombak Dive

Mempunyai Pemandangan Paorama Yang Cantik

Tropicana Inn

Dikelilingi pepohon yang cukup tenteram

Traveling – The Most Beautiful Island in Malaysia, Located at Kuala Besut.

Activities Promotions

Travel
Travel is the movement of people between distant geographical locations. Travel can be done by foot, bicycle, automobile, train, boat, bus, airplane, ship or other means, with or without luggage, and can be one way or round trip.[1] Travel can also include relatively short stays between successive movements, as in the case of tourism.
Enjoyment
There are many hotels around you, but did you know there is a "Red Zone"? etc. mystery, haunted, and ghostly. We are here to assist you in obtaining a hotel review
Release Stress
Travel is the movement of people between distant geographical locations. Travel can be done by foot, bicycle, automobile, train, boat, bus, airplane, ship or other means, with or without luggage, and can be one way or round trip.[1] Travel can also include relatively short stays between successive movements, as in the case of tourism.

Berlin

Berlin awaits you. Visit the great museums & sights and then relax in a café. Look forward to concerts & shows, stroll through the shops and discover with us all the diversity of Berlin.

Berlin

Berlin awaits you. Visit the great museums & sights and then relax in a café. Look forward to concerts & shows, stroll through the shops and discover with us all the diversity of Berlin..

Berlin

Berlin awaits you. Visit the great museums & sights and then relax in a café. Look forward to concerts & shows, stroll through the shops and discover with us all the diversity of Berlin..


Credit Website Template By: EA