Beginilah suasana di Jalan TAR KL pada setiap hari sabtu, sudah menjadi satu "fiesta" dimana warga kota Kuala Lumpur akan mengungi Jalan TAR KL untuk bersantai sambil membeli belah.
Hujan atau panas sama sahaja, asalkan tiba hari sabtu, rata rata warga kota akan singgah di sini, kelebihan di Jalan TAR KL kerana anda boleh membeli belah di beberapa Shopping Komplek yang ada, kerana harganya pon berpatutan bagi yang bergaji murah.
Selain "Shopping Komplek" Sogo, pengunjung yaqng bertandang ke Jalan TAR KL boleh membeli di Pertama Complek, Campbell Complek, Maju Junction serta Haniffa dan juga Semua House. Manakala Pasaraya yang terdekat dengan Jalan TAR KL iaitu "Lulu Hypermarket"