H ijau, tema yang cukup baik untuk menambahkan "environment" disepanjang Jalan Tar KL dengan penanaman semula pohon renek yang beraneka seperti pepohon yang berbunga.
Penjagaan rapi perlu diserapkan agar Jalan Tar KL akan menjadi sebuah tempat tarikan bagi pelancong luar negara serta penduduk setempat dalam negara. Kebersihan alam sekeliling juga perlu dijaga bagi memastikan lorong-lorong yang berada di antara Jalan utama (Jalan Tunku Abdul Rahman) kelihatan menarik dan indah mata memandang.
Pihak berkuasa atau #DBKL dan juga menteri alam sekitar bandaraya sepatutnya memberi lebih perhatian kepada Jalan Tar KL kerana, ini adalah satunya Jalan yang tertua dan bersejaraah di Malaysia, justeru itu Jalan ini juga menjadi tempat utama peniaga "Melayu" mencari sumber rezeki.
Tiada sebab kenapa "Jalan Tar KL" tidak menjadi tarikan!!, Sejak dari dahulu Jalan yang bersejarah ini menjadi tumpuan ramai bagi seluruh masyarakat di Malaysia, malah ia menarik mata memandang dari negara-negara Brunei, Singapore, Indonesia dan juga pelancong dari benua lain seperti Eropah, Asia Tenggara.
Hijau perlu ditambah disepanjang Jalan Tar KL |
Penyusunan semula bagi memastikan keselesan orang ramai perlu direpkan dengan penambahan bangku-bangku bagi memberi peluang kepada pengunjung dapat beristirehat dibawah pohon renek sambil menghirup udara segar serta mendapat "entertainment" secara semulajadi yang terdapat di Jalan Tar KL.
Jika kita/ anda pergi ke negara luar khususnya, Dunlin, disini mereka menaikkan taraf di "Grafton Street" yang cukup menarik. Mereka menanam bunga-bunga serta pepohon renek menghiasi disepanjang jalan. Muzik jalanan juga atau dikenali "Street Entertainment" memang mendapat perhatian dan ia sekali gus menjadikan jalan ini sebuah jalan yang mempunyai ciri-ciri traikan klasik. Jika di Kota London ia sememangnya tidak dapat dinafikan lagi, terdapat pelbagai pepohon dan bangku2 bangi kemudahan pengunjung.
Jadi!!!! mengapa tidak di Jalan Tar KL? tiada sebab dan mengapa jalan ini tidak dapat dibangukan seperti kota-kota lain yang "popular".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan