Hari Raya Sudah Berlalu Jalan TARKL Masih Begitu - Jalan TAR KL

Hari Raya Sudah Berlalu Jalan TARKL Masih Begitu


Jalan TAR KL
Dom Dam, Kebomm, Mercun dan bunga api masih berbunyi walau pun sudah 5 hari Syawal berlalu. Yang disimpan hanyalah kenangan Aidilfitri 25 June 2017, Ia akan datang lagi pada tahun 2018, seperti biasa bulan itu, (Bulan Ramadhan) akan memberi banyak makna pada diri kita.
 Yang mana sebelumnya kita menjamah hidangan seperti biasa, tak mengikut masa, dan bulan Ramadhan rasanya tak ada yang makan didepan orang ramai walaupon dia tidak berpuasa. Jadi itu adalah satu cabaran dan kelainan yang mengajar kita, sanggup tak makan dari pagi sampai ke petang menjelang senja. Jadi anda telah berjaya sedikit sebanyak,
Jalan TARKL
Retail Shop
Ok, erti Ramadhan amat panjang kalau nak huraikan, jadi cukuplah setakat ini. Walau semuanya sudah berlalu, akan tetapi Jalan TARKL, masih juga begini, menanti pengunjung dan tak pernah putus ia menyambut kedatangan orang ramai, asal nak sambut sesuai pesta sahaja, maka Jalan TARKL adalah pilihan.
Jalan TARKL
Jalan TARKL
Pada Pakcik dan Makcik nun jauh dari Kedah ka, Perlis ka atau dimana sahaja, kalau nak berkunjung ke "Kolompor" (KL) jangan lupa singgah di Jalan ini kerana ia menjadikan sesuatu yang indah, dari segi membeli belah, santai, serta mencuci mata , terutama sekali pada Hari Sabtu, kerana di sinilah berlangsungnya Pasar Malam atau Pasar Sabtu, ia terdapat pelbgai juadah makanan serta pakaian. Kalau tak mau beli tengok sahaja, (Window Shopping)

Keuntungan pada peniaga di Jalan TARKL ialah, asal ada sahaja pesta mesti poket masuk, maklumlah semua warga Kota dan orang dari luar pasti akan kunjung tiba.  Di Jalan ini boleh dikatakan warna warni, semua bangsa ada, yang paling ramai yang beragama Islam lah, kerana ia dah bertapak berpuluh tahun yang lampau bahawa golongan melayulah yang membuatkan Jalan ini menjadi terkenal.


Kalau dulu dulu di kawasan ini terdapat PUB, iaitu di atas bumbung Semua House dan pub kecil kecil, tetapi semuanya lingkup, kerana perlu diingat, Jalan ini dikuasai oleh golongan Islam atau Melayu, so pub tak boleh bergerak atau maju, memang tak dinafikan melayu pun gemar melawat hiburan seperti ini, tetapi jumlahnya amal sedikit.

Jadi pengakhirnya, Jalan TARKL tetap menjadi pilihan golongan Melayu yang mengamalkan hidup bersederhana.

Related Posts

Share Media

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Credit Website Template By: EA