Kemalangan Ngeri Gara Gara Ular Melintas - Jalan TAR KL

Your Reading Choice Text Color

Change Font Color

Change Font Size

Ahad, 23 Oktober 2022

Kemalangan Ngeri Gara Gara Ular Melintas

A lor Setar:

Bayi lelaki yang berjaya diselamatkan menerusi pembedahan selepas ibunya meninggal dunia akibat kemalangan sewaktu mengelak ular melintas di Kilometer 29, Kampung Charuk Padang, Jalan Jeniang-Sik-Pedu Rabu lalu, akhirnya meninggal dunia hari ini.

Jalan Tar KL
Ular - Photo Sebagai Hiasan Berita

 

Perkara itu disahkan datuknya, Mansor Adali, 51, yang memaklumkan jenazah bayi lelaki berusia empat hari itu akan dibawa ke rumahnya di Bandar Beris Jaya, di Sik hari ini.

Pilu Seorang Bapa

Menurutnya, dia sempat menatap wajah cucunya itu yang diberi nama Muhammad Irfan Hidayat Afnan Aliff di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani selepas doktor mengesahkan bayi itu meninggal dunia sekitar 2 petang tadi.

"Saya sempat menatap wajah cucu yang sangat berseri walaupun sudah tidak bernyawa lagi dan doktor sudah berusaha untuk menyelamatkan nyawanya tetapi Allah lebih menyayanginya.

"Jasad cucu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Beris Jaya, sejurus selepas segala urusan di hospital selesai," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mansor berkata, mereka sekeluarga reda dengan pemergian anak dan cucunya walaupun sekelip mata.

Katanya, jenazah dijangka akan dikebumikan bersebelahan pusara ibunya, Nor Hidayah Abdullah, 27, yang meninggal dunia Rabu lalu.

Dalam kejadian 4.30 petang Rabu lalu, Nor Hidayah yang sarat mengandung anak kedua meninggal dunia selepas motosikal yang ditungganginya bersama remaja perempuannya berusia 16 tahun bergesel dengan sebuah kereta Perodua Axia yang dipandu seorang wanita di Kilometer 29, Kampung Charuk Padang, Jalan Jeniang-Sik-Pedu.

Mangsa dikatakan cuba mengelak ular melintas ketika kejadian menyebabkan dia terjatuh dan meninggal dunia di lokasi.

Bagaimanapun bayi dalam kandungan wanita itu berjaya diselamatkan menerusi pembedahan di Hospital Sik pada hari kejadian.

Namun bayi itu kemudian dibawa ke unit rawatan rapi neonatal (NICU) HSAH di Sungai Petani untuk mendapatkan rawatan lanjut


#Petikan Harian Metro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jalan Tar

Card image cap
Kuala Lumpur

Salah satu jalan yang popular dalam negara Malaysia,

Read More

Hotel

Card image cap
Penginapan

Cari hotel yang menyediakan layanan yang baik dan jauhi hotel mistery..

Read More

Travel

Card image cap
Get Rest

Ketenangan dan membuka minda agar hidup lebih bermakna dengan memulakan perjalanan yg indah

Read More

...
Card title

Some dummy text to make up the card's content. You can replace it anytime.

...
Card title

Some dummy text to make up the card's content. You can replace it anytime.

...
Card title

Some dummy text to make up the card's content. You can replace it anytime.

Become a Professional Web Developer

LEARN MODERN WEB DEVELOPMENT WITH LARAVEL, VUEJS, AND OTHER TECHNOLOGIES. Short and to-the-point video tutorials to help you make the most of your time. .

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit. Eius magni, esse quod dolores veritatis facilis cum ratione aliquam fugit iure laudantium eaque atque eum cupiditate, labore necessitatibus repudiandae a molestiae.

Coming Soon (Fresh Demo VPBlogger Html)