Musim luruh - senonim dengan iklim atau cuaca di tanah yang lembab seperti Eropah dan sebagainya.Bagi mereka yang tak pernah menjejak kaki ke eropah pasti akan merasa perbezaan yang amat ketara bila pertama kali tiba di Eropah.
Suasana amat dingin sehingga dapat dirasai ke tulang temulang (sum-sum) ketika admin melepasi bangunan "Heathrow Airport London" Ketika itu musim "summer" namun kedinginanya tetap dapat dirasai, angin bertiup dengan lembut sekali.
Rasa riang dan seolah inilah inilah syurga dunia yang dipenuhi dengan pepohon serta struktur bangunan yang cantik ditambah pula dengan suasana yang bersih, udara yang cukup segar sehingga dapat dirasai ketika bernafas, halusnya udara yang memasuki ruang rongga.
Seperti biasa admin lebih suka lepak di cafe sambil meneguk secawan kopi dan melihat suasana ragam masyarakat setempat dan merasai ketenangan, apa tidaknya, pepohon yang merendang dengan pelbagai bentuk daun serta warna memukai penglihatan, terdetik dihati "kalaulah aku dapat tinggal disini buat selamanya.
Di Kota London aku lebih suka berjalan kaki seorang diri hampir disetiap lorong dan taman taman dan duduk dibangku bawah pohon. Ketika itu terasa terlalu dekat dengan alam, betapa indahnya dunia ciptaan Allah.
Jauh aku menjelalah kota London sehingga sampai di kota Birmingham, Perbezaan Kota London dan Birmingham cuma suasana sahaja dari segi "landscape". London lebih kepada Kota Social, manakala Birmingham umpama "Countryside" perkampungan.
Ketika masuk musim luruh atau Autumn- inilah waktu yang aku paling suka, dimana pepohon akan menggugurkan dedaun kekuningan, kemerahan, satu persatu sehingga tinggal ranting. Angin yang bertiup ketika itu terlalu dingin, segar, bagiku ia membawa ketenangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan