Kehijauan Atmosphera Semakin Pupus - Jalan TAR KL

Your Reading Choice Text Color

Change Font Color

Change Font Size

Ahad, 19 Januari 2025

Kehijauan Atmosphera Semakin Pupus

Pepohon Semakin hilang di Bandar Kuala Lumpur

Kehijauan Kota Semakin Pupus

Pupus -Dijangkakan pada tahun 2025, kira-kira 65 peratus kawasan tanah dunia akan berubah menjadi

bandar. Namun, antara perkara yang paling terkesan dalam kehidupan harian manusia yang tinggal di bandar adalah peningkatan suhu kesan daripada pelbagai aktiviti manusia seperti pelepasan gas rumah hijau dari aktiviti industri mahupun kenderaan bermotor. Kesan peningkatan suhu ini telah menimbulkan keresahan berterusan di kalangan penghuni bandar. Pembangunan tidak lestari telah mengorbankan banyak kawasan hutan sekitar sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang yang meletakkan pusat bandar ini di bawah tekanan kemungkinan berlakunya bencana alam melampau. Kuala Lumpur misalnya sudah bertukar menjadi pulau haba di mana penduduknya berdepan kepanasan melampau di luar dan terpaksa bergantung sepenuhnya kepada alat pendingin hawa di dalam bangunan.

Hakikatnya, pokok dan kawasan hijau berupaya membantu pengurusan fenomena pulau haba di kawasan bandar. Lantaran, kawasan hijau merupakan salah strategi dalam pembangunan bandar abad ini. Malah, Dasar Landskap Negara telah menetapkan sekurang-kurangnya 30% daripada keseluruhan kawasan perancangan pembangunan perbandaran tempatan perlu dikekalkan hijau. Lantas, penduduk bandar harus menunaikan tanggungjawab mereka dalam menghijaukan bandar yang mereka diami dengan pokok-pokok kerana ia membawa lebih banyak faedah seperti mengurangkan suhu dan pencemaran bunyi, mengurangkan bahan pencemar berbahaya di udara dan menyimpan karbon yang membantu mengurangkan kesan perubahan iklim

Ternyata, alam semula jadi atau kehijauan memberikan manfaat cukup besar terhadap penduduk bandar dan memainkan peranan penting ke arah perancangan bandar yang sihat dan berdaya huni. Kesihatan adalah salah satu angkubah dalam bandar yang berdaya huni yang akhirnya membawa kepada bandar yang lestari.

Perkara ini perlu diberi perhatian kerana lebih 70% daripada penduduk Malaysia tinggal di bandar sama ada besar mahupun kecil. Malahan kawasan rekreasi hutan bandar memberi peluang untuk warganya beriadah dan berinteraksi di kalangan mereka. Contohilah Shah Alam yang merupakan antara habitat bandar yang berjaya mengekalkan kehijauan dengan zon pembangunan secara lestari di mana penduduknya masih dapat menikmati kehijauan dan masa sama membangun dengan sangat baik.

Di bandar, pokok biasanya ditanam di kawasan pinggiran jalan, perumahan, komersil, taman awam dan perindustrian, bangunan pejabat dan sekolah.Antara pokok teduhan yang biasa ditanam di bandar negara kita bagi tujuan landskap dan teduhan termasuklah pokok hujan-hujan (Albizia saman), semarak api (Delonix regia), jemerlang laut (Peltophorum pterocarpum), angsana (Pterocarpus indicus), tekoma (Tabebuaia rosea), rajah kayu (Cassia fistula), asam jawa (Tamarindus indica), kasai (Pometia pinnata) dan tembusu (Fagraea fragrans).

Courtesy Credit UPM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jalan Tar

Card image cap
Kuala Lumpur

Salah satu jalan yang popular dalam negara Malaysia,

Read More

Hotel

Card image cap
Penginapan

Cari hotel yang menyediakan layanan yang baik dan jauhi hotel mistery..

Read More

Travel

Card image cap
Get Rest

Ketenangan dan membuka minda agar hidup lebih bermakna dengan memulakan perjalanan yg indah

Read More

...
Card title

Some dummy text to make up the card's content. You can replace it anytime.

...
Card title

Some dummy text to make up the card's content. You can replace it anytime.

...
Card title

Some dummy text to make up the card's content. You can replace it anytime.

Become a Professional Web Developer

LEARN MODERN WEB DEVELOPMENT WITH LARAVEL, VUEJS, AND OTHER TECHNOLOGIES. Short and to-the-point video tutorials to help you make the most of your time. .

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit. Eius magni, esse quod dolores veritatis facilis cum ratione aliquam fugit iure laudantium eaque atque eum cupiditate, labore necessitatibus repudiandae a molestiae.

Coming Soon (Fresh Demo VPBlogger Html)