Kenapa orang ramai lebih suka melancong ke Eropah terutama mereka yang berasal dari Malaysia, Indonesia serta negara dari Asia Tenggara?
Faktor utama ialah termasuk, Kebersihan, cuaca, nature alam-seperti pepohon atau lanscape, struktur bangunan yang indah dan tersusun rapi. Malah ada yang sanggup berhijrah terus dan tak mahu pulang.
Seperti Amsterdam - suasana yang cukup indah, lapang mata memandang dengan suasana alam semulajadi kehijauan bila tiba musim panas.
Kalau di negara Malaysia-terutama di bandar Kuala Lumpur dekat mana anda nak cari pemandangan yang indah mempunyai pepohon yang tersusun rapi, kerana sudah menjadi sifat setengah pihak, "Pokok harus ditebang" dengan alasan tumbang, sebenarnya banyak cara lain untuk mengatasi pokok tumbang serta menebang pokok bukanlah alasan utama.
Street cafe-memang popular di Eropah, kerana masyarakat di negara ini memang suka bersantai sambil makan melihat suasana, Terutama dalam musiam panas, Walaupon musim panas akan tetapi cuaca di negara eropah tetap terasa dingin, itulah salah satu punca kenapa orang ramai memilih tanah eropah sebangai tempat melancong. Jika di Kuala Lumpur, street cafe hanya laris ditepi jalan sebagai take away. kerana tidak sesuai bersantai ditepi jalan disebabkan oleh kebersihan bandar tidak terjaga, disebabkan element dari debu, asap kenderaan, kepanasan kerana tanpa pepohon yang memberi tambahan oksigen serta pelindung sinar matahari yang terik.
Kota ditanah eropah mempunyai udara yang segar kerana alam sekitarnya dijaga rapi, disetiap sudut disediakan tong sampah bagi kegunaan orang ramai, malah anda tak akan terjumpa puting rokok yang dibuang merata tempat. Udara yang segar juga berpunca dari penanaman pepohon ringin ditepi sudut jalan.
Dalam pandangan lain pihak atau badan berkanun seperti kerajaan mereka memainkan peranan yang bagus untuk kemudahan rakyat dan telus menjalankan kerja dengan baik dan mempunyai nilai etika diri yang tinggi berbanding negara lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan